Ads 468x60px

Featured Posts

Jumaat, 26 Februari 2016

Doktor perawat, Allah penyembuh.

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar sahabat-sahabat semua. Ada yang tengah sakit ? demam ke selesema ke ? jangan cakap sakit hati pulak yerr :) :) Hari ini Allah izinkan untuk saya berjumpa dengan satu kisah yang masyhur tentang SAKIT dan UBAT. Saya rasa sahabat-sahabat pun pernah dengar kan. Kisahnya pasal Nabi Musa alaihisssalam dengan sakit gigi.

Satu kisah yang diceritakan, Nabi Musa Alaihissalam mengadu kepada Allah tentang sakit gigi yang dialaminya. Lalu Allah perintahkan untuk Nabi Musa Alaihissalam untuk pergi mencari sejenis daun (dalam kitab ini disebut daun al-hasyisyah Al-falaniyah) dan diletakkan ditempat gigi yang sakit tadi. Dengan serta merta, sakit gigi Nabi Musa Alaihisalam hilang.

Seteleah satu tempoh berlalu, sakita gigi Nabi Musa Alaihissalam datang kembali. Maka tanpa menunggu, Nabi Musa Alaihissalam terus mencari daun tadi dan letakkan pada giginya supaya sembuh. Alangkah sedihnya, sakitnya makin bertambah parah lagi. Maka Nabi Musa Alaihissalam pun meminta tolong daripada Allah.

Nabi Musa : Ya Ilahi, Bukankah Kau yang menyuruh aku dan menunjukkan kepada aku, bahawa Daun ini dapat menyembuhkan sakit gigiku ? Kenapa aku berbuat demikian namun makin bertambah sakitnya Ya Allah ?

Berkata Allah S.W.T. : Wahai Musa, AKULAH PENYEMBUH, AKULAH PEMBERI KESIHATAN, AKULAH PEMBERI MUDARAT dan AKULAH PEMBERI MANFAAT. Dahulu, kamu sakit kamu mengadu padaKU, maka aku hilangkan sakitmu. Tetapi kali ini, kamu mengadu dan meminta pertolongan dari daun itu, bukan kepadaKU.



Rabu, 10 Februari 2016

https://plus.google.com/101477405185611684254/posts/G9HbQdJZXRU

Isnin, 5 Oktober 2015

DOSA-DOSA YANG DIRINGAN-RINGANKAN WANITA




Kaum wanita adalah pecahan daripada  kaum lelaki. Hawa diciptakan oleh Allah daripada tulang rusuk nabi adam, untuk menunjukkan betapa dekatnya wanita dan lelaki. Bukanlah adam dari planet, dan bukanlah hawa dari zuhrah. Kita datang dari jisim yang sama iaitu dari tanah. Tentunya persamaan kita lebih banyak dari perbezaan kita. Namun, perbezaan tetap wujud. Perbezaan untuk saling melengkapi bukan saling disaingi.
Wanita sangat sinonim dengan sifat kelembutan, malu, sopan santun, penyayang, mengasihani, teliti dan bertanggungjawab. Tidak dapat dinafikan lagi, inilah sifat yang menunjukkan kekuatan bagi kaum wanita. Apabila sifat-sifat di atas terhakis dari jiwa wanita, wanita mula menjadi liar dan sukar di kawal. Bukan salah wanita tersebut 100%. Banyak faktor yang menyumbang ketidak celaruan sifat-sifat ini dan manghilang dari diri wanita. Maka, lahirlah wanita-wanita hanya memikirkan tentang nafsu, fesyen, teknologi, hiburan, dan syaitan menjadi fokus dalam kehidupan mereka. 
Lantas, banyak wanita terpalit dosa-dosa yang mereka menyangka perbutan itu ‘biasa-biasa saja’.  Kertas kerja ini bakal mengupas berkaitan dosa-dosa yang selalu dilakukan oleh wanita sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.



APA ITU DOSA 

Sebagai pendahuluannya, marilah kita definiskan dahulu apakah yang dimaksudkan dengan DOSA. Dosa adalah melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah dalam syariat islam, dan kemudian datang dosa yang lain selepas itu. 

التائب من الذنب كمن لا ذنب له

‘Orang yang bertaubat daripada dosanya seolah-seolah mereka tiada ada dosa’
Ini bermaksud, manusia ini memamg fitrahnya lemah. Sangat sukar untuk kita sentiasa buat yang benar sahaja (melainkan para rasul dan nabi yang maksum daripada dosa dan kesalahan). Terkadang kita lupa dan lalai, leka dan alpha. Tergelincir dalam melakukan benda yang Allah larang. Allah maha pengampun. Rahmat Allah itu lebih besar dari murkaNya. Bagi yang buat dosa tapi terus bertaubat daripada dosanya. Mereka tidak digelar orang yang berdosa atau pendosa. Mereka yang di gelar pendosa atau penderhaka kepada arahan Allah, adalah mereka yang berterus-terusan melakukan dosa, tanpa sekali pun teringat untuk meminta ampun kepada Allah.