Jumaat, 26 Februari 2016

Doktor perawat, Allah penyembuh.

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar sahabat-sahabat semua. Ada yang tengah sakit ? demam ke selesema ke ? jangan cakap sakit hati pulak yerr :) :) Hari ini Allah izinkan untuk saya berjumpa dengan satu kisah yang masyhur tentang SAKIT dan UBAT. Saya rasa sahabat-sahabat pun pernah dengar kan. Kisahnya pasal Nabi Musa alaihisssalam dengan sakit gigi.

Satu kisah yang diceritakan, Nabi Musa Alaihissalam mengadu kepada Allah tentang sakit gigi yang dialaminya. Lalu Allah perintahkan untuk Nabi Musa Alaihissalam untuk pergi mencari sejenis daun (dalam kitab ini disebut daun al-hasyisyah Al-falaniyah) dan diletakkan ditempat gigi yang sakit tadi. Dengan serta merta, sakit gigi Nabi Musa Alaihisalam hilang.

Seteleah satu tempoh berlalu, sakita gigi Nabi Musa Alaihissalam datang kembali. Maka tanpa menunggu, Nabi Musa Alaihissalam terus mencari daun tadi dan letakkan pada giginya supaya sembuh. Alangkah sedihnya, sakitnya makin bertambah parah lagi. Maka Nabi Musa Alaihissalam pun meminta tolong daripada Allah.

Nabi Musa : Ya Ilahi, Bukankah Kau yang menyuruh aku dan menunjukkan kepada aku, bahawa Daun ini dapat menyembuhkan sakit gigiku ? Kenapa aku berbuat demikian namun makin bertambah sakitnya Ya Allah ?

Berkata Allah S.W.T. : Wahai Musa, AKULAH PENYEMBUH, AKULAH PEMBERI KESIHATAN, AKULAH PEMBERI MUDARAT dan AKULAH PEMBERI MANFAAT. Dahulu, kamu sakit kamu mengadu padaKU, maka aku hilangkan sakitmu. Tetapi kali ini, kamu mengadu dan meminta pertolongan dari daun itu, bukan kepadaKU.



Kesimpulannya, Jom kita mohon dan mengadu pada Allah, ubat ini makhluk juga, Doktor ini makhluk juga.Mahkluk tidak boleh beri manfaat sahabat-sahabat, mahkluk tidak boleh beri mudarat sahabat-sahabat  Maka, sesiapa yang meninta pada Allah , maka sebenarnya dia meminta daripada YANG MAHA BERKUASA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan