bila bertemu dengan sesiapa saja MULAKAN LAH MEMBERI SALAM. senang kn !
Rasullullah bersabda:
وخيرهما الذي يبدأ بالسلام
yang paling baik antara keduanya adalah yang mulakan memberi salam.
Banyak faedah yang kita boleh dapat dengan memberi salam.Antaranya
1- boleh berkenalan dengan orang tidak dikenali.
2-mengamalkan sunnah Rasullullah.
3-Mendoakan kesejahteraan saudara seislam dan kemudian dia doakan pula untuk kesejahteraan kita.
4-Menaikkan syiar islam. Bila orang kafir lihat, umat islam ni ada 'trademark' yang sama seluruh dunia.
Namun, kene tahu juga ada keadaan kadang-kadang berbeze hukum untuk kita memberi salam dan menjawab salam. Jom kita terjah apakah hukumnya mengikut situasi.
Orang tengah beristinjak
- makruh beri salam
- makruh menjawab
Sedang Solat
- Haram jawab, kalau terjawab
1) bagi yang tahu hukum... batal solat
2) Bagi yang tak tahu, tak batal
- Sunat jawab dengan isyarat tanpa lafaz
- Ataupon jawab lepas siap solat
Orang Ihram yang sedang talbiyah
- makruh bri salam
- kalo jawab takut terpotong talbiah orang itu
Orang tengah baca AL-QURAN
- Eloknye, janganlah bagi salam pada die.
- Bagi yang diberi salam, cukuplah jawab salam dengan isyarat
- kalaw dah jawab, boleh mula baca semula dengan istia'zah
Tengah melaungkn azan
- Tidak Makruh jawab salam
- kerana jawab Salam itu sedikit dan tak membatalkn azan





Tiada ulasan:
Catat Ulasan