Rabu, 15 Februari 2012

Seksanya terpenjara dalam kebebasan

Sakit tak kalo terpenjara dalam kebebasan....?
 
Seruan,hidayah dan dakwah sudah sampai keseluruhan pelusuk bumi Malaysia. Ada yang melalui radio, television, bahan media cetak, ceramah, activiti masjid dan banyak lagi. Tapi kenapa masih ramai yang terpenjara dalam kebebasan yang kita perolehi.Maksud terpenjara dalam kebebebasan ialah kita tahu perkara-perkara yang Allah suruh kita lakukan dan Allah suruh kita tinggalkan tetapi kita tidak mampu untuk realisasikan.
 
Mari kita lihat, banyak sangat berlakunya kes-kes bunuh, penipuan, memakan harta orang lain tanpa hak, sombong, takabbur, akhlak mazmumah. Semuanya berpunca dari diri kita yang terpenjara dengan nafsu sendiri. Hati dan Anggota  bebas melakukan kebaikan, tapi terpenjara dek nafsu syahwat yang menyenangkan. 

Ayuh, para pembaca tua muda. Mari kita bebaskan belenggu nafsu yang bertapak di hati. kadang-kadang kita balik dengar ceramah, selepas dengar program tv/radio yang berunsur ilmiyah, kita niat nak berubah, tapi tak boleh berubah kerana, Akal kita tahu, tapi hati belum mahu. Kerana Apa belum mahu...? kerana terpenjara dek nafsu... Jangan berajakan nafsu. Buangkan sikap mazmumah, MARI JADI UMAT YANG BERTAQWA untuk kita dapat martabat paling dekat dengan rasulullah.
 
 


 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan