Sabtu, 30 Jun 2012

Hijrah itu Mudah

بسم الله الرحمن الرحيم.

     Alhamdulilah, atas nikmat yang Allah berikan, kita masih lagi boleh menggerakkan jari-jemari untuk menaip sesuatu di papan kekunci komputer. Adakah kalam-kalam kita akan jadi saksi baik atau saksi buruk bagi kita diakhirat kelak. Saya baru saja pulang dari program bicara hijrah bersama Aisyah. Saya tidak pandai berbicara tetapi saya gagahkan diri kerana memandangkan kalam- kalam yang saya lontarkan akan sampai ditelinga orang-orang awam yang membeli belah di pasar malam taman melawati. Antara tip- tip untuk 'transform' jadi lebih baik ialah :

 1)     HUSNU ZON mungkin kita jarang dengar perkataan sangka baik, tapi hakikatnya sangka baik sama maksud dengan berfikiran positif. Maka, untuk berhijrah, kita kene husnu zon dengan Allah iaitu pencipta kita. Kita mesti yakin Allah maha pengampun, walau kita mengumpul dosa setinggi gunung sekalipun Allah bisa mengampunkan dosa kita dengan syarat kita benar-benar bertaubat atas kesalahan yang kita lakukan. Keduanya, kita kene berbaik sangka dengan kawan-kawan sekeliling. Kalau kita nak berubah jangan kita menyangka orang lain akan pandang buruk pada kita. Kita perlu sedari sebenarnya semua orang mahukan kebaikan tidak satu fitrah manusia pun yang mahukan keburukan. Sekiranya ada yang pandang buruk selepas kita melakukan perubahan kita perlu memandang mereka adalah golongan yang masih tidak tahu. اللهم اهدي قومي فإنهم لا يعلمون 'Ya Allah berikah petunjuk kepada masyarakatku sesungguhnya mereka tidak mengetahui




 2)     JAUHI PENIPUAN Bagaimana perasaan kita kalau ada orang TIPU kita, mesti kita marahkan? Mesti kita tidak suka orang orang tipu kita, jadi kita jangan tipu orang lain. Ini sebenarnya bukan maksud saya jauhi penipuan yang menjadi tip dan konsep utama untuk kita berhijrah jadi lebih baik. TIPU yang saya maksudkan ialah, jangan kita buat maksiat dan kemungkaran. Ehhh, apa kaitannya ye? Sebenarnya roh kita amat suci, roh kita tidak suka kepada benda kotor atau dalam kata lain maksiat dan benda mungkar. Maka sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, jangan kita tipu roh kita yang suci ini, semua roh sukakan kesucian dan mari kita bersihkan jasad kita dari 'kekotoran' yang menyakitkan roh suci manusia. Mudah-mudahan dengan mengaplikasikan tip-tip ini, kita mampu untuk menjana keperibadian muslim yang bakal men'transform' ummah menjadi khairu ummah yang dicita-citakan Nabi kita SAW. 

 Wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan